Wednesday, April 13, 2011

test ini tak ada markah. kau cuma perlu bersabar. dan nanti kau lulus. percayalah.

lagi tinggi level mario. lagi susah test mario dapat. dan itu buat kawan aku mencarut pada nintendo banyak kali. mario tak lah handsome. tak pula comel. berbanding ash ketchum yang ternyata lagi cute. tapi sekurang-kurangnya. mario tak manipulasi pokemon untuk kepentingan diri. dia lompat, pijak dan bunuh dengan daya usaha sendiri.

lagi tinggi level mario. lagi susah test mario. baru seminggu aku dapat test teruk ini. empat helai kertas boleh penuh dengan keluh dan maki. tapi dia. sembilan tahun dalam ujian. dan orang atas makin improve dari hari ke hari. aku tak pernah dengar dia mengeluh. dia tetap setiap malam call. suara ceria macam selalu. sembunyikan duka. mungkin sebab dia tahu. level dia makin tinggi. dan orang atas lebih mengetahui.

2 comments:

  1. jgn mengeluh..mario ngn ash da cara masing2 untuk berusaha, so mana leh ikut cara org lain..hehe..

    ReplyDelete
  2. kan lebih baik kalau aku jadi watak animasi. tak perlu ada emosi.

    ReplyDelete