Monday, May 9, 2011

hari senyuman hilang dari wajahnya

malam ini dia tulis lagi. puisi-puisi liar. dalam bait-bait yang halus. lampu malap. kamar yang suram. seluruh jiwa dia tenggelam. dinding kamarnya. penuh dengan puisi-puisi gila. meraung bila senja.kelmarin. mama call dia. panjang mereka bual. dia tahu mama pura-pura ceria. seksa. mama simpan dalam-dalam. dan sejak hari itu. dia belajar seluruh kepuraan dari mama. dan dia selalu ceria depan rakan-rakan.dulu. masa dia kecil. mama hilang nikmat kehidupan. sebab dia. daddy tinggalkan universiti. sebab dia. sejak itu. dia akan fikir banyak kali sebelum kurang ajar depan keduanya. tak pernah tinggikan suara. 

cengkerik dan semua nokturnal. meraung ratap. langit hitam. bintang yang berpijar. bunyi malam. dan angin yang pegun. mereka rasai rindu dia pada kedua orang tua. bila hening menyelubung. walau dia cuba bayangkan wajah perempuan yang dia suka. itu tak dapat hilangkan wajah mama. dari hati pilunya. untuk kali yang ke 300 juta. dia bersumpah. bakal surinya. harus setabah mama.

di kejauhan. melodi bergema. melodi selalunya. yang dia tunggu. saban malam. dalam senyum dia berbisik.

"itu call dari mama"

No comments:

Post a Comment