Wednesday, May 25, 2011

kematangan membosankan.

angin hari ini. macam monster. cookie monster sebetulnya. dia makan apa saja di laluan. "nom..nom..nomm.." bunyi menjengkelkan. tapi cute. aku suka angin dan lukisan pada buku cerita kanak-kanak. itu buat aku tenang. kalau aku gabung semua lukisan pada buku cerita kanak-kanak. dengan warna yang pelbagai. aku boleh cipta satu syurga. loloskan diri dari kerja kuliah.

lepas semua ni berakhir. aku berkira-kira menjadi seekor grasshopper (warna hijau, sebab aku tak suka kuning) di padang rumput alps selatan new zealand. lompat-lompat bebas. baring dan melihat langit musim dingin. sambil melukis sesuatu yang indah untuk buku cerita kanak-kanak. sebab. definisi syurga pada aku. ialah buat kanak-kanak gembira. itu pun.. kalau ada kanak-kanak sukakan aku.

dipetik dari http://browse.deviantart.com/?q=storybook&order=9&offset=48#/d2axpgw

2 comments:

  1. dah jadi grasshopper nanti jangan lupa hantar gambar.

    ReplyDelete
  2. oh. mana mungkin aku lupa buat org cemburu. hahah

    ReplyDelete