Sunday, July 31, 2011

gua bukan sekular. gua tuliskan sketsa semasa.

gua benci sayur. tapi kalau dah serumah dengan penggemar sayur. dan hari-hari kena makan sayur. gua tak nafikan gua makin boleh makan sayur. dah tak muntah macam dulu. tapi. jauh disudut perut. gua masih fikirkan ayam goreng dan ayam masak merah mak gua. memang sayur bawa kebaikan dalam banyak hal. tapi gua tak enjoy makan. nak buat macam mana. lately. gua suka makan ayam ulam sayur. yummy :)

banyak yang dah mula berubah. menuju kebaikan. tinggal kebathilan (katanya). bukan seorang dua. tapi berbondong-bondong. gua salute. tapi. gua masih pessimis. sangat pessimis.

yang penting dalam perubahan. ialah keikhlasan. kalau lu berubah sebab kawan lu paksa. atau takut kena 7 jam tazkirah. atau dengan kesedaran yang instant. atau takut tak ada member. gua rasa lu tak ikhlas. serious gua tak tipu. sebab. yang ikhlas. ialah berubah kerana Allah. ingat. kerana Allah. bukan kerana group usrah.

gua pulak. tetap macam dulu. tak pernah terlebih jahat. tak pulak terlebih baik. rasanya lah.

kalau lu jumpa gua. gua tetap dengan. "yo bro! bagaimana kehidupan?" tapi. kalau lu balas balik dengan. "ana sihat. jzkk. ente?". lu jangan marah. kalau gua muntah.

1 comment:

  1. hamba ttp dgn pegangan hamba. kembali kepada fundamentalism. itulah juga pegangan guru hamba che det..

    ReplyDelete