Thursday, October 13, 2011

romantisma adalah feeling paling celaka! aku tak sejiwang ini. selalunya.

dalam bait-bait puisi pablo neruda. dia sembunyi. dan berbisik halus. sehalus benang takdir. aku masih ingat. malam itu. bila angin dingin canberra berhembus. bila malam menyelubung. dalam jiwa-jiwa kesejukan. dia datang. mekarkan sekuntum senyum. ranum. sambil dia tunduk dan berlalu. pada saat itu. masa bergerak lembut. dingin pun makin pudar. aku rasa hangat. sehangat dakapan musim bunga. sehangat matahari daerah asal. aku kenal pemilik senyum itu. kenal amat. dulu dia pernah tinggal dalam mimpiku.

bunyi kodok. dan bunyi kegelisahan bersilih. brisbane baru usai hujan. dan kelembapan malam. bawa kembali. detik manis di canberra. itu satu malam yang akan aku kenang sampai penghabisan. satu malam yang campurkan seluruh rasa. yang buatkan aku terbawa-bawa. dalam dasar kegelapan. di kamar yang usang. aku merintih.

"kalau aku terlambat untuknya dalam kelahiran ini. aku doakan untuk kelahiran seterusnya"

3 comments:

  1. yang menulis apatah lagi. kemarilah nanti. banyak benda aku harus kongsi.

    ReplyDelete
  2. telah ku'epitaph'kan kata2 romantism.

    ReplyDelete