Wednesday, April 25, 2012

buku

dan kawan aku tanya. "kenapa kau sanggup habiskan beratus-ratus untuk buku?"
oh maaf. "dah beribu-ribu". aku sedikit brag.
macam itu jugalah mama tanya daddy. "tak cukup penuh kah rumah kita dengan buku?"
tak macam daddy. mama kurang gemar genre history, political/ social science dan benda-benda serius.
macam kebayakan wanita. dia prefers yang jenis menusuk kalbu. mama aku ni orang puisi. dan bait-bait indah.
bagi keluarga aku. dalam setiap puisi dan buku. tersingkap dunia yang luas. lantera kehidupan yang pelbagai. penjiwaan dan masa yang relatif.
setiap kali kami dengan buku. kami teroka sudut ruang yang lain.



rumah kami kecil.
tapi dalamnya luas.




dalamnya dunia.

No comments:

Post a Comment