Saturday, May 12, 2012

dari zaman hindu-buddha. pendewaan manusia masih belum tamat.

kekurangan orang kita. bila menuntut ilmu. kita lebih cenderung kepada satu guru yang kita suka. dan terus lekat dan ikut sampai bila-bila. sampai satu tahap. kita akan rasa guru ini sempurna. semua ucapannya fatwa. lantas berlaku pendewaan.

bila guru kita buat silap. atau terpamer kecetekan ilmu. kita akan pertahankan mati-matian. tak kisahlah walau pihak yang lain ada hujah yang lebih baik. kita kena ingat. walaupun guru kita ini tahu(saya tidak katakan fasih) agama sekalipun. dia tetap manusia. dan manusia tidak pula maksum dari sebarang khilaf.

dalam budaya menuntut ilmu. sepatutnya kita merujuk lebih daripada satu guru dan sekolah ilmu. hatta alim ulama' terdahulu pun mengembara berguru dengan banyak imam. jadi jangan disebabkan guru kita. pandai berjenaka dan buat kita ketawa. maka dialah paling tinggi tingkatan ilmunya.


dalam youtube. banyak ulama' dari seluruh malaya dan seluruh dunia.
rajin-rajinkanlah bertalaqi dengan lebih dari satu guru dengan pelbagai disiplin ilmu dan pendapat.
dalam youtube. bukan ada azhar idrus sahaja.

No comments:

Post a Comment