Thursday, May 17, 2012

hari gua mula pakai boxer.

masa zaman sekolah rendah dulu. gua ada kawan perempuan. cantik. syafiqah namanya. seingat gua. dari darjah satu sampai darjah enam. tak pernah ada orang lain dapat tempat pertama dalam kelas. melainkan syafiqah. masa tu (sampai sekarang pun) gua selalu belajar main-main. tapi dalam hati panas juga bila result keluar. syafiqah yang selalu atas pentas ambil anugerah. tapi dah nature seorang lelaki. tak pernah ambil port sangat pun hal-hal prestasi akademik ni. kecuali lah lelaki nerd atau metro. sebab dia orang ni. macam kebanyakan perempuan. sama-sama kawan pun dengki dalam hal-hal akademik.

okay berbalik pada syafiqah. syafiqah ni setahu gua orang yang paling rapat dengan ibu. boleh dikatakan hari-hari gua nampak dia berkepit dengan ibu beliau. masa tengah-tengah lepak bawah pokok teja tepi pagar sekolah, daddy gua cakap "apa agaknya akan jadi pada kawan kau ni kalau ibu dia tak ada?". dalam hati gua berprasangka. "concern pulak daddy aku ni dengan ibu syafiqah? lain macam. lain macam!". kemudian dan beberapa tahun berlalu. gua dapat tawaran asrama penuh. mama gua suruh reject. dan gua dapat tahu semua member gua termasuk syafiqah berambus pergi asrama penuh. tak lama lepas tu habis pmr. gua dapat mrsm pulak. mama suruh reject lagi. disebabkan dua kali berturut-turut mama gua provide alasan yang ampuh. gua pasrah. "kau bagi lah tempat kau pada orang yang lebih memerlukan. Tuhan nanti akan balas" kata mama gua.

masa gua di tingkatan empat kalau tak silap. gua dapat tahu ibu syafiqah dah tiada. dalam hati gua remuk juga. gua tak dapat bayangkan perasaan syafiqah masa tu. dah la lagi setahun nak spm. gua tahu sangat dia nak sukses dalam spm. nak pergi sambung belajar oversea. nak pergi buat medicine di ireland katanya. tapi bila ibu tempat bergantung tak ada. dia hilang pengharapan. dan gua bayangkan masa depan syafiqah kabur. syafiqah perempuan yang fragile sebalik luaran yang nampak tak terkalahkan.

tahun berganti. gua tengah siap-siap nak pergi memancing di sungai brisbane. masa tu musim sejuk. kawan gua cakap syafiqah tengah belajar di upsi buat matematik. dari situ gua memang dah tahu. ketiadaan ibu dah ubah hidup syafiqah. impian dia dah hilang. dia tak berjaya sambung belajar oversea. sebaliknya gua. tapi cilake tak cilake gua ni. gua boleh pulak happy. sebab perempuan yang tak pernah kalah masa primary school dulu kini gua dah overtake. triumph sebentar.

apa pun akan jadi di hari muka. gua doakan syafiqah capai apa yang dia impikan. gua yakin syafiqah akan jadi somebody nanti.

*  *  *

masa tu darjah tiga. dalam kelas. tengah gua sibuk-sibuk discuss pasal goku lawan majinbu. gua tak sedar gua tengah block jalan orang nak lalu. dah puas syafiqah jerit suruh gua tepi sikit. gua buat tak endah. apalah sangat jerit seorang perempuan kalau nak dibandingkan dengan battle goku dan majinbu. masa tu syafiqah dah habis tension mungkin. sedar-sedar ada sepasang tangan menyentap seluar gua. cilake! syafiqah berlalu pergi sambil ketawa besar meraikan kejayaan melondeh seluar gua. tapi gua perasan muka syafiqah blush habis. lagi cilake!

sejak hari tu. gua start pakai boxer pergi sekolah. tak mahu peristiwa mengaibkan berlaku lagi. dalam hati gua memang bersumpah nak menuntut bela. cuma masa dan method akan menentukan. hah! lu orang jangan fikir bukan-bukan.

2 comments:

  1. apsal citer pasal syafiqah leh masuk dlm blog nie? aku gtau dia he.. hehe :p

    ReplyDelete
  2. whoa. whoa. wait!! jangan buat pasal. ada story pasal arwah ibu dia kan. kang tak pasal aku kena penampor. hahaha..

    okay! nanti I buat story indah-indah pasal you (bribe)

    ReplyDelete