Friday, October 19, 2012

semalam. aku main guli.

semalam aku cuba main guli. dengan kawanan dewa-dewi hipokrasi.
mereka cakap mereka sudah matang. dan tak mahu main guli gaya keanakan.
jadi aku suruh mereka tunjuk gaya orang dewasa.
lantas. mereka melenting dan mula baling pisang. kematangan mereka pun mereka baling. terus ke longkang.

semalam aku cuba main guli. dengan kawanan dewa-dewi hipokrasi.
itu kali pertama aku main guli. aku baling sebiji guli. lalu pergi minum petang.
bila aku balik. aku lihat guli-guli dewa-dewi ceramuk berantakan.
rupa-rupanya. mereka yang gelar diri mereka dewa-dewi. masih belum fasih bermain guli.

memakai sayap. tapi masih memakai lampin bayi.

aku gelak kuat-kuat. geleng kepala dan langsung pergi.

No comments:

Post a Comment