Sunday, March 24, 2013

happy earth hour.

joshua. dia punya ibu. setiap hari, tanpa kasihan belas. joshua layan ibu macam binatang. joshua buat ibu macam kuli. ibu joshua yang sudah uzur, disuruh buat semua kerja. bila marah, joshua pukul ibu. teruk joshua pukul. ibu selalu menangis. tapi tak ada siapa yang dengar. ibu joshua merintih dan meruntun. tapi joshua buat tak endah. sebab, selagi ibu masih hidup, selagi itu joshua akan guna ibu cukup-cukup.

pada suatu hari. joshua bercadang mahu sambut 'Mother Hour'. joshua khabarkan pada jiran dan teman  bahawa mereka perlu ikut dia sambut 'Mother Hour'. itu perkara yang mulia lagi terpuji kata joshua. jadi, 1 jam diperuntukan untuk melayan dan menghargai ibu dengan baik. maka, ibu pun tidak disuruh jadi kuli selama 1 jam. joshua dipuji masyarakat sebagai anak yang penyayang. 

dan bila 1 jam untuk 'Mother Hour' tamat. joshua kembali ke wajah asal. dia pukul ibu tendang dan terajang. ibu terlantar teruk. penat. nazak. joshua terus ketawa. dan ketawa. dan mendera.


No comments:

Post a Comment