Tuesday, May 14, 2013

catatan seorang loser 2

mahaya dah berapa kali ajak pergi ibukota jumpa dia. dan setiap kali dia ajak. aku akan cakap. "sorry lah dear, i busy ni, my people need me". actually aku tak busy pun. sebenarnya alasan tu aku reka untuk wujudkan persepsi yang kononnya aku ni sangat diperlukan oleh masyarakat setempat. dan kalau aku tinggalkan state, institusi kemasyarakatan sekitar kulim akan runtuh binasa. kononnya lah.

aku tahu mahaya tak termakan pun dengan alasan tersebut. tapi sekurang-kurangnya dia tahu yang aku tak lah teringin sangat nak ke ibukota jumpa dia. kemudian. dia mula merajuk. dan merajuk. dan merajuk lagi. 

sebenarnya bukan aku tak mahu ke ibukota. tapi lately, self-esteem aku jatuh merudum. mahu tak nya. kalau katakan kami ke curve, publika atau klcc. mahaya pasti akan terserempak dengan rakan-rakan sekerja. dan mereka akan mula soal aku "eh! you baru balik dari australia kan? sekarang jadi lecturer kat mane?"


time tu aku senyum saja. tapi dalam hati, 

"?&n&%^a&%#h@$^%a$%^r%&%&^o$%^m#$#%#!!!!!!"

1 comment:

  1. Sudah jatuh ditimpa tangga kita ni. Cuma barua dungu mana yg fikir fresh grad boleh jd lecturer. Nyonya Mansor lg rasional.

    ReplyDelete