Friday, November 26, 2010

berikan aku jumaat yang dulu

kat hometown memang panas. ada hutan. dah ditebang buat rumah.

selalu lepas jumaat. aku lepak dengan abah, abang, adik. kat satu corner. bawah pokok besar. makan cendol mamak. 'cendol bismillah' namanya. cendol lain tak boleh lawan.

sebelum tu. aku ziarah kedai nyonya. beli benda wajib. jeruk pala. jeruk bawang. setakat ni. aku tak pernah pula jumpa. penggemar jeruk bawang cina. macam aku dan abah aku. mungkin sebab rasa dia teruk. atau sebab bawang orang memang tak buat jeruk.

dekat kedai cendol. cari spot teduh. order air kelapa kakak sebelah. bonding2 dengan mamak. gosip-gosip politik. tengok kereta lalu lalang. angin tiup sepoi-sepoi bahasa. nikmat tak terkata. bila agak-agak datin kat rumah dah mula risau. baru abah ajak cau.

tapi sekarang. macam hampeh. nyonya tak ada. cendol mamak jangan harap la. air kelapa jauh sekali.

balik jumaat saja. tidur.

No comments:

Post a Comment