Tuesday, November 30, 2010

words of wisdom #1

"setiap manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan"

benar. memang benar.

seorang penagih dadah tegar. dia berfalsafah. "setiap manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan"

seorang perogol bersiri yang kembali aktif merogol. ketika diberkas. dia tunduk sambil berbisik. "setiap manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan".

seorang kaki judi dan kaki botol. di saat terlantar sakit. dia berpesan "setiap manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan"

seorang pemuda Islam yang tak pernah solat dan kaki maksiat. dia berterus-terang. "setiap manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan"

seorang anak derhaka. yang masih derhaka. cuba hilangkan rasa bersalah. dengan bersyarah. "setiap manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan"

seorang driver teksi. yang ter-confuse lantas tersesat di kampung baru. sambil senyum pada aku. "setiap manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan"

seorang pemain bola sepak yang tersalah jaringkan lima gol di gawang sendiri. mengulas "setiap manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan"

seorang uncle yang tersalah bagi burger ayam. walaupun aku order burger daging. sambil melatah "setiap manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan"

seorang lelaki yang selalu curang terhadap teman wanitanya. cuba memujuk temannya itu dengan berbahas. "setiap manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan"



kemudian. aku ambil pisau yang tumpul. dan tikam sorang-sorang (kecuali uncle jual burger dan driver teksi). sambil senyum aku berkata.

"setiap manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan"


hidup ini memang mudah kan?

1 comment:

  1. mungkin kedengaran sadis tapi post ini terbaek! ^^

    ReplyDelete