Tuesday, November 23, 2010

sawan bosan tahap tujuh petala langit

tadi aku hampir mati. menggelupur di atas lantai. mulut berbuih-buih. mata merah terbeliak. jantung berdegup teramat kencang. darah tak henti2 keluar. mujurlah terima sms dari teman jauh. berbalas buat seketika. dan aku terlepas dari maut.

sesungguhnya, belakangan ini. aku seringkali diserang sawan bosan tahap acute yang teruk. terperap dalam bilik. tiada teman diajak berborak. semua pulang ke Malaya. dasar anak manja. baik belajar uni belakang rumah saja.

sawan bosan akan melanda sekali sekala tetapi setiap hari. selalu dirawat dengan ubat yang mujarab. yakni, makanan rapu yang tak menyihatkan. merosakkan gigi juga.

buku Van Vliet's Siam diselak berkali2. membaca sejarah Ayutthaya yang pelbagai versi warna. sudah bosan aku melihat ini buku. dan mungkin dia juga bosan melihat aku. tak ! mana mungkin. aku menolak prasangka ini.

baru sekejap tadi dua bantal empuk di katil ada berkata-kata. "kalau bosan. apa ada hal. lepak dengan kita sudah". aku mainkan Radio Video kuat2. suara bantal yang flirtatiously merayu sudah tak kedengaran. kini aman.

tapi sekarang. tilam pula buka bicara. huh !

No comments:

Post a Comment