Monday, November 22, 2010

sepetang bersama Tunku

bila kamar tidur sudah tak menjanjikan apa2 yang menarik. maka dengan automatisnya terilhamlah idea2 bernas nak menghabiskan duit kerajaan dengan lebih berkesan lagi efektif. tibalah masa untuk berfoya2 di sekitar kota. beli sesuatu yang tak berfaedah. buat sesuatu yang melalaikan. petang kat negara orang memang membosankan. nak lepak mamak, harap la nak ada. nak beli goreng pisang lagilah tak ada.

jadi, aku ambil seluruh petang untuk round2 sekitar pekan(kat daerah aku sebesar mana pun bandar tetap akan dipanggil pekan). tengah2 menyedut ice blended Easyway tetiba aku macam kenal satu susuk tubuh yang tengah pilih2 baju kat Myer. bila aku datang hampir. dan memang sah. inilah Tunku. member aku masa kat Inner Temple dolu. bukan main terkejut beliau jumpa aku. almaklumlah kenalan lama. zaman sebelum merdeka lagi.

lama betul kita borak. sampai la nak maghrib. sebelum aku cau Tunku sempat tanya satu soalan.


tunku: adi...

aku: ya patik..

tunku: lagu mana (cemane) la gamaknya nasib orang kita(melayu) lepas saya dah tak ada?

aku: susah patik nak cakap tunku.tapi pada hemat patik. bangsa kita sudah maju kedepan. banyak benda yang kita capai. tapi dalam itu banyak juga benda yang kita gadai. (nada sayu)

tunku: memang. setiap kejayaan memang akan ada pengorbanan. biarlah kita jadi abang. beralah untuk adik2. biarlah kita korban untuk sedikit kemakmuran. tapi jangan lupa. tanah ini tanah kita. sampai kiamat pun kitalah tuannya. ini amanat.

aku: tapi tunku..(ala2 drama melayu)

tunku: takda tapi2 lagi. (juga ala2 drama melayu).
saya tahu kita bangsa melayu bangsa yang bersatu. bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana maufakat. sampai bila2 pun melayu tak akan pecah belah. duduk bawah payung nan satu. sebab, rumpun kita rapuh. tumbang satu tiang ranaplah seluruh atap.

aku: benar tunku...(angguk patuh)

(monolog dalam hati) *melayu sekarang dah tak nampak nilai perpaduan. melayu sekarang dah tak bersatu*
(monolog lagi) *melayu sekarang tak macam melayu dulu tunku. melayu sekarang tengah sedap2 pakai duit scholarship pun lawan kerajaan berapi. tak kenang dek budi*


tetiba Tunku bersuara sayu. seperti beliau dapat membaca isi hati aku.


tunku : kalaulah seluruh rakyat jelata tau betapa susahnya kita nak capai merdeka. berapa banyak darah yang dah mengalir untuk lihat kebebasan anak bangsa. kalaulah...



(cerita di atas adalah khayalan penulis semata2. tiada kena mengena dengan sebarang individu mahupun mana2 guru tadika. segala kebetulan adalah disengajakan)

No comments:

Post a Comment