Thursday, December 9, 2010

emansipasi perut sunyi



merenung luar jendela. dalam cuaca yang membakar. sambil menghirup teh o' ais. memang mengasyikkan. itu saja minuman yang aku ada.

burung diluar sana. berkicau riang seperti tiada duka dan lara. kan lebih bagus kalau aku jadi burung. makanan dimana-mana. tiada penyediaan. hanya mentah semena. semuanya seolah sushi.

dalam musim panas yang panjang. kurang kawan dan wang. bisa membuatkan jiwa merana kesengsaraan. "lepaskan daku dari kamarmu !!!" jeritan batin yang terseksa.

orang bujang memang susah. bujang yang tiada kaya. kebergantungan sepenuhnya pada duit kerajaan. menghentikan gaya hidup boros dan suka berfoya-foya. kadang-kadang datang dalam benak "kenapalah daddy-ku bukan multi-milliona".

dua butir pisang, sebiji nutella dan sehelai sos cili. disudut meja. sedang berbual sakan sesama mereka. mengejek kemiskinan dan kepayahan hidup pemuda dari Malaya ini.

dari mereka segala buah fikiran muncul menerawang. aku harus zahirkan segala kreativiti. untuk lari dari kebuluran.

perut terus membentak dan berontak. cuaca kian panas. jari jemari kian lesu menaip.


dan untuk hari ini.


"Sambal Pisang Bersos Coklat(Nuttella)"

2 comments:

  1. najat..kalau dia ada. tidaklah aku merana begini. huhuhu T_T

    ReplyDelete