Saturday, December 25, 2010

menyambut hari natal

Bahasa Malaysia 2 - Penulisan

1. Hari Natal disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. Tuliskan pengalaman anda menyambut Hari Natal bersama rakan dan keluarga. karangan anda tidaklah melebihi 2 entri.




Pada 25 Disember setiap tahun. penduduk bumi yang beragama kristian akan menyambut hari natal atau lebih dikenali dengan nama orang putihnya, hari krismas. pada tahun ini saya berkesempatan menyambut hari natal bersama keluarga majikan saya.

pagi-pagi lagi. saya sudah bersiap sedia untuk kerumah beliau. saya menaiki bas translink berwarna hijau. apabila saya masuk kedalam bas. saya pun terus mengucapkan "selamat hari natal" kepada pemandu bas itu. kemudian dia pun senyum. dia ucap kembali kepada saya .

sesampainya saya di rumah majikan saya. keadaan agak sunyi sepi. "adakah mereka ini masih tidur?" fikir saya. kemudian anak lelakinya James datang membuka pintu kepada saya untuk masuk kedalam rumahnya itu. James sudah bangun dan dia sedang bermain permainan komputer "boxhead' di i-mac kepunyaannya yang mempunyai skrin yang sangat besar.

setelah beberapa jam berlalu. saya pun selesai menolong majikan saya itu menghias rumahnya agar kelihatan lebih cantik. saya pun berasa bosan. kemudian saya bertanya kepada James. 'adakah Santa Claus datang semalam James ?" James tidak menjawab tapi dia tersenyum lebar dan ketawa. james memang budak yang pandai. dia tahu semuanya. hanya budak yang kurang pandai sahaja yang percaya kepada encik santa.

tiba-tiba, sebuah kereta antik kuning memasuki garaj rumah. ada seorang gadis senior keluar dari kereta itu. dan dia pun disambut oleh majikan saya. rupa-rupanya gadis senior itu ialah ibunya. gadis itu sangat baik. dia lembut seperti arwah nenek saya. cuma dia lebih vogue dan bergaya habis. mereka memanggilnya nana. dan saya juga memanggilnya nana.

hari pun semakin petang. setelah puas duduk lepak, makan dan membuang masa. saya pun berasa ingin balik. sebelum pulang nana pun berkata kepada saya. "adi. kamu adalah budak yang baik, semoga Tuhan merahmati kamu anak lelaki (son). selamat hari natal adi. jumpa lagi". setelah mendengar ucapan itu saya sepatutnya bongkak sebentar. tetapi tidak. sebaliknya, saya berasa sangat sayu. kerana dia benar2 mirip arwah nenek saya.

selepas itu saya pun pulang dengan membawa bungkusan hadiah hari natal dari majikan saya. apabila saya menaiki bas. seperti biasa. saya pun masuk sambil mengucapkan "selamat hari natal" kepada pemandu bas. pemandu bas itu perempuan. apabila saya berjalan ke tempat duduk belakang. tiba-tiba dia pun menyuruh saya berhenti. "kamu ! tunggu ! tunggu sebentar kawan (mate) !".

saya pun terkejut. adakah saya melakukan apa-apa kesalahan atau hanya kerana saya ini berkulit gelap ? saya pun berasa sangat takut. kemudian dia pun senyum sambil menghulurkan sebungkus kek buah kepada saya sambil mengucapkan selamat hari natal. saya pun berasa lega dan gembira.

itulah pengalaman saya menyambut hari natal. walaupun saya sebenarnya tidak menyambut hari natal. tapi saya berasa amat gembira pada hari itu. kerana mendapat banyak kek dan hadiah.

No comments:

Post a Comment