Tuesday, February 1, 2011

matahari harus lebih bertimbang rasa


februari. bulan selepas januari. dan sebelum mac. aku masih berlingkar. dalam benua yang kecil. serta panas.

aku tak diberi tujuh kelahiran. kalaupun aku dapat. aku masih tetap. terkongkong dalam pupa kemalasan. yang comel.

dan sebab kemalasan itulah. aku tak dapat lari dari kepanasan.

proses perpeluhan. terus berlaku. perkumuhan tanpa henti. dalam keadaan separuh bogel. terus meleteri pemanasan global.

kalaulah aku punya wang. mungkin aku sedang menggumpal salji. dan dari belakang. seorang gadis Moscow sedang ketawa manja. sambil membuat balingan lembut bebola salji. tepat kearah jaket bulu aku.

"cukuplah darl..." pujuk aku lemah.

"alah you ni...bukannya selalu singgah Moscow jenguk I" rajuk gadis kacukan Tashkent-Malaya itu. melihat wajah dia merajuk. cukup membuatkan aku cair bersama salji.

sayup2 bingit kenderaan kedengaran. bila menyedari perpeluhan terus berlaku. aku tahu. tertalu jauh aku berkhayal.

sepatah kata kesat dilontarkan.

siapa cakap musim panas itu gumbira?

No comments:

Post a Comment