Thursday, February 3, 2011

words of wisdom #2

"syurga itu terletak pada telapak kaki mama ?"


berumur 25 tahun. Jerome menjalani hidup sama seperti lelaki Australia yang lain. mempunyai sebuah mini cooper cabrio hitam. dengan sedikit calar di tepi. memiliki teman wanita berdarah eurasian. dengan tahap kepanasan(hot) melampau. dan seorang ibu yang sempoi lagi mithali. menjadikan hidup Jerome lengkap dan sempurna.

menjadi eksekutif kanan di salah sebuah syarikat hartanah. hidup Jerome sibuk. jam 7 malam. Jerome usai dengan tugas harian. singgah melepaskan lelah di sebuah bar di Edward St. bila mendapat panggilan dari ibu tersayang. itu menandakan makan malam sudah tersedia. Jerome harus pulang segera. dia anak yang patuh.

bila malam minggu. Jerome diberi kebebasan. dia akan minum dengan rakan2. dan kekasih hati kesayangan- Dorothy. Dorothy memang manja. dan atas kemanjaan dan kegedikan yang tak terkalahkan. Jerome selalu menghabiskan malam2 minggu yang bermakna dengan buah hatinya itu.

namun. dalam kehidupan yang dianggap sempurna ini. masih ada kekosongan jauh di sudut hati Jerome. mungkin dia mencari damai abadi? Jerome tahu. hidup didunia hanya sementara. selepas ini akan ada alam lain yang menanti. Jerome mahukan syurga. kehidupan abadi yang damai selamanya.

namun Jerome sedar. hidupnya penuh dosa. dia selalu ponteng aktiviti2 gereja. dia bukanlah pemuda yang beragama. tapi apa yang dia tahu. dia sangat sayangkan mama. dia patuh dan tak pernah derhaka.

pernah seorang rakan sekerja. seorang Indonesia. beritahu Jerome satu perkara. satu kata2 yang buatkan Jerome masih percaya pada syurga.

"syurga itu terletak pada telapak kaki ibumu. berkhidmatlah padanya sehingga akhir hayat"

sejak itu Jerome sayangkan mamanya lebih dari segalanya. lebih dari Dorothy dan kekasih gelapnya yang lain.

kadang2 Jerome ragu. sejauh mana kebenaran kata2 rakan muslimnya itu. dia memang patuh pada mama. tapi. hidup Jerome masih lagi bergelumang dosa.

"tiada cara lainkah untuk ke syurga ?" desis hati kecil Jerome.


* * * * * * * * * *

suatu malam minggu. Jerome mabuk. disampingnya Dorothy bertaut mesra. dia terhuyung hayang. bila keadaan semakin tidak terkawal. Jerome bertembung dengan seorang pemuda dari Malaya. Jerome terjatuh. pemuda Malaya itu masih lagi cool.

Jerome menjerit "Hai kawan ! neraka apakah !"

pemuda Malaya itu senyum

bila keadaan beransur cool. Jerome bangun dan meminta maaf.

"tiada bimbang" ujar pemuda itu tenang.

sebelum mereka berpisah. Jerome tanyakan satu soalan yang paling signifikan dalam hidupnya.

"kawan. kau tahu bagaimana jalan singkat ke syurga ?"

Dorothy ketawa besar. pemuda Malaya masih lagi senyum tenang.


sambil pusing. dan berjalan pulang. pemuda itu memandang Jerome.

"kau tak harus bertanya padaku. aku hanyalah kafir dan jahiliyyah pula"

kemudian. pemuda itu merenung pada bulan purnama.

satu kata hikmat dizahirkan dari mulutnya.

"kalau Kuan Yew dan Kit Siang sudah hampir menggapai syurga. kau juga tiada bezanya"

"seorang ulama maksum pernah berkata"

"sokonglah pakatan mulia. nescaya tempatmu di syurga"

Jerome kurang mengerti.

pemuda itu berlalu pergi.



syurga kini bukan lagi di telapak kaki mama

syurga kini bukan lagi pada amal dan taqwa

syurga kini bukan lagi pada ketaatan dan kepatuhan

syurga kini...

pada sekeping kertas undi

3 comments:

  1. semoga jerome tidur dalam kedamaian surga tuhan, kerana keimanannya pada wahyu tuhan, bukan surga berbilang agama milik pakatan..

    ReplyDelete