Thursday, February 14, 2013

maruah gua tercalar. gua rasa nak tukar jantina.

kulim. pukul 3 pagi.

saya pergi ke dapur. dan membuat secawan kopi. saya buat dalam mug "I Love Mama". walaupun tulisan itu kelihatan agak comel dan kedengaran sedikit cute. tapi sumpah. saya bukan lelaki yang jenis pakai skinny jeans warna merah atau kuning dan dengar lagu anuar zain atau one direction. saya ni seorang yang tegas lagi berwibawa. mug itu saya beli dua tahun lepas, di pasaraya woolsworth dekat kelvin grove. saya beli pun sempena hari mama. dan memang masa tu saya tengah rindu emak saya di malaya. oh lupa! saya bukan nak bercerita pasal mug. 

okay. berbalik kepada kopi. setelah nescafe diharamkan penggunaannya dalam keluarga saya atas sebab2 misteri. jadi terpaksalah saya gunakan kopi jenama tempatan. bukan apa. selain menyokong produk keluaran tempatan dan jasa penanam kopi kita. sebenarnya kopi malaya ni mempunyai rasa 'umph!' yang tersendiri. oh! saya ingat lagi. dulu sebelah rumah nenek saya ada sepohon kopi. daunnya rendang. lebat buahnya serta bunganya. walaupun hidup seribu tahun...oh maaf! maaf! saya terbawa-bawa dengan lagu nasyid. 

ahh ged dem mit!!! sebenarnya tujuan asal saya, nak menulis tentang kisah sedih lagi pilu saya yang masih menganggur, sedangkan teman wanita saya baru saja menjadi jurutera bergaji besar di syarikat konglomerat di ibukota. entah bagaimana lah saya boleh bercakap pasal kopi dan mug. clumsy betul saya. hi hi.


No comments:

Post a Comment