Friday, February 15, 2013

walaupun belum mengantuk. aku terus tutup laptop. dan buat-buat tidur atas sofa.

kulim. pukul 3 pagi.

cuaca nyaman. aku tengah menulis puisi. sambil dengar coldplay. dan minum kopi susu. aroma kopi tersebar pekat di sekitar ruang tamu. bercampur wangian bunga jasmin yang menusuk. sayup-sayup dari bilik. kedengaran melodi irish flute yang melankoli. barangkali, adik aku yang tiup. ini dinihari yang indah. melodi, aroma dan perasaan. semuanya bersenggama menjadi sesuatu yang mendamaikan. aku senyum happy. dan terus tersenyum.

sampailah tersedar. yang adik aku tengah tidur di sofa sebelah. siapa di bilik meniup flute? dari mana datang bau jasmin? sekarang pukul tiga pagi. dan malam ini malam jumaat. shit!

No comments:

Post a Comment