Tuesday, May 7, 2013

Tuhan Manusia.

1. seorang guru pernah pesan pada aku. "hati-hati bermain dengan analogi dan kiasan". memandangkan beliau guru sastera. jadi. aku fikir perkara ini tak akan ada kaitan dengan kehidupan seharian.

2. musim pilihanraya telah usai. kita menyaksikan kemenangan, kekalahan, kebangkitan dan perpecahan. segelintir menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. dan berjanji akan berusaha dengan lebih gigih pada musim mendatang. akan tetapi. ada yang terus menjustifikasi kekalahan mereka pada penipuan, ketidakadilan dan kejahatan yang kabur. 

3. dari sinilah wujudnya tulisan dan komentar di laman facebook mahupun blog. tulisan yang sarat dengan hujah mahupun tuduhan. untuk membuatkan hujah itu betul-betul utuh dan Islamik. aspek analogi dan kiasan telah disuntik. 

4. ada yang menyamakan perjuangan mereka seperti perjuangan tentera jihad Al-Fatih dalam menawan Konstantinopel daripada puak kristian Byzantium.

5. ada juga yang mengambil konteks kisah dimana Abu Jahal berdoa di hadapan Kaabah supaya dia diberi kemenangan melawan Rasulullah SAW. dan akhirnya Allah memberikannya kehancuran.

6. tidak cukup dengan itu. ada yang menyamakan perjuangan mereka umpama kanak-kanak kecil Palestin yang membaling batu pada rejim zionis laknatullah. biarpun batu itu kecil, tapi impaknya bak gugusan bom. 

7. antara sedar atau tidak. dalam anologi yang dibikin. penulis(dan perjuangan yang beliau anuti) mengambil posisi sebagai protagonis dalam kiasan tersebut. manakala pihak yang ditentang secara tidak langsung dikiaskan sebagai watak antagonis. 

8. istimewanya. antagonis dalam setiap analogi yang diberi, merupakan watak maha jahat dan lebih teruk lagi mereka merupakan watak yang dijanji neraka juga dilaknat Allah.

9. dalam kes ini. pembikin analogi secara yakin telah mengambil posisi protagonis seperti tentera jihad Al-Fatih dan lebih menarik lagi mereka menggambarkan diri mereka sebagai Rasullullah SAW.

10. dengan emosi keterlaluan yang bertopengkan intelektual dan agama. secara langsung pembikin analogi juga menjadikan pihak sasaran sebagai kafir kristian Byzantium, juga sebagai Abu Jahal dan rejim zionis yang dilaknat Allah.

11. namun sayang sekali. sasaran pembikin analogi sebenarnya juga merupakan seorang muslim. penyembah Tuhan yang Esa. mungkin juga, sasaran ini merupakan seorang muslim yang lebih mulia disisi Allah daripada pembikin analogi itu sendiri. 

12. oleh itu. ingin diingatkan bahawa, pihak yang punya ideologi berlawanan. tidak seharusnya musuh kita. dan sekiranya dia musuh kita sekalipun. tidak bermakna dia musuh Islam dan musuh Allah. 

13. dosa dan pahala. syurga dan neraka. bukan terletak pada tangan kita untuk menentukan. tidak bermakna kita punya ilmu agama yang kita fikir lengkap dan tinggi. kita dibolehkan menghukum.

14. tidak bermakna bila kita rasa. ya. kita rasa. kita bernaung dibawah perjuangan yang diberkati. ataupun perjuangan untuk rakyat. secara automatis. pihak disebelah penindas dan sesat.

15. kadang-kadang kita pun tidak sedar. yang kita juga sebenarnya berada pada jalan yang kabur dan  keliru. dikaburi dan diperdaya.

16. masyarakat Syiah di Iran. cara hidup mereka jauh lebih Islam dari kita. pemimpin mereka juga jauh lebih zuhud dari pemimpin kita. jadi. adakah merit ini automatis menjanjikan syurga pada mereka?









No comments:

Post a Comment